C + i + N + t + A = L o V e




:cinonet_35:

ehem ehem


Assalamualaikum... semua nyer... :)

b4 korang stat bace , menghayati, mengopi pes ( 2 pon if 'tuan die ' benarkan ) waaaaaaa...benda nih...

make sure ade background music tau

tajuk lagu > Pergi – Couple

Cinta. Entah bila ia muncul. Entah bila ia pudar. Entah bila ia mekar. Sampai kini jawapan tiada hadir meredakan benak pertanyaan hati. Aku sendiri tiada rela menduakan cinta hati. Tapi kini pasti ia akan terjadi. Entah kenapa semua ini mesti terjadi. Di kala aku hampir pasti gembira, diri sendiri keliru deng

an pilihan hati ini. Adakah pasti bahagia menanti? Atau sekadar simpati di jadikan inti.

Pernah dulu katanya cinta. Namun sekarang juga katanya cinta. Tapi entah kenapa kedua nya berbeda. Cinta dulu cinta kini hampir tiada sama. Adakah dua cinta wujud? Bolehkah dua cinta wujud? Kenapa perlu korban diri demi harga diri? Kenapa laku dulu baru menyesal? Kenapa salahkan sebelah jikala

u sebelah yang salah? Diri ini tiada mengerti kenapa susah mahu berpisah. Mungkin mati penyelesaian optimum untuk perpisahan.

Aku pasti merindui engkau. Pasti. Kemaafan sahaja aku pohon. Jika nanti kau mencari di kala kesusahan, aku pasti tiada di sisi. Aku serahkan segalanya pada cinta mu. Aku tak mampu menyukai tanpa menyintai. Atau aku sangat cinta tapi takkan dicintai. Pasti pertanyaan bakal terkeluar. Pasti. Kenapa?

Segala nya aku curahkan. Entah untuk apa aku sendiri terpinga-pinga mencari pasti. Tapi diri ini t

ak pernah fikir susah sendiri. Pastikan engkau gembira, dunia ini pasti aku yang punya. Pasti. Salah. Salah. Sangat jauh kenyataan dari angan-angan. Salahkah aku menyintai orang lain setelah pasti engkau bukan untuk aku? Kenapa perlu engkau cuba hadir sedangkan engkau mahu pergi?

Aku pasti nanti akan kembali. Mungkin nanti kita akan bertemu dalam keadaan lain. Dalam suasana yang tak perlu cinta. Aku sangat pasti cinta aku pasti. Kenapa aku sangat pasti? Aku ini buta hati. Kenangan aku dan kamu pasti tersimpan. Pasti. Semoga nanti bahagia menunggu engkau. Jangan diri engkau dijadikan tempat permainan. Esok lusa merana diri terduka lara. Aku pasti engkau pasti tak mengerti. Tapi a

ku pasti engkau takkan peduli. Engkau akan merelakan aku pergi. Pasti diri aku akan ada pengganti. Maaf kasar ku. Maaf nakal ku. Maaf segalanya. Idea idea bodoh terkeluar cuba mengambil hati sedangkan langsung tak diperdulikan. Bodoh diri kerana hati. Maaf. Jangan engkau perbuat sesuatu tanpa engkau rela. Pastikan tak menyesal kemudian. Hari ini dan semalam bukan

ulangan hari besok.

Peritiwa semalam kau jadikan iktibar. Peristiwa hari ini pastikan pengingat hati.

Cinta ini cinta satu. Cinta aku hanya untuk engkau. Mungkin akan menyakitkan hati. Tapi ia pasti.

Pasti.

disebabkan saye seorang yang "baek " saye tolong postkan entry nih on behalf :)

olryte , amin?


:n3s_07:

0 cium bucuk: